Thursday, 16 June 2016

Goji



Goji 


Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji) menurut analisa yang dilakukan oleh “Beijing Nutrition Research Institute”, China: ” Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan “carotenoids” yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel, dan zeaxanthin (menyihatkan mata), dan melebihi 500 kali ganda vitamin C.

Strawberry



 Strawberry 


Buah Strawberi sememangnya popular dengan rasa yang sangat digemari oleh ramai orang terutamanya kanak-kanak. 

Kerana itu ia dipilih menjadi antara perisa yang sangat popular, ia dijadikan sebagai jem strawberri, susu strawberi, gula-gula strawberi, kek Strawberi, aiskrim strawberi, teh berperisa strawberi dan banyak lagi.

Kurma / Date



Kurma / Date 

Buah Kurma atau Tamar merupakan sejenis buah yang boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya mempunyai pelbagai khasiat dan sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut tentang Buah kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ 
Al-Mukminah ayat 19.

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada gangguan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW


Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Kismis / Raisin


Kismis / Raisin


Kismis merupakan salah satu produk olahan dari anggur yang telah dikeringkan. Sekali pandang kismis ini tidak menarik untuk dimakan. Namun kismis ini memiliki banyak manfaat untuki tubuh badan kita.

Antara Khasiat Kismis :

Pembekal Tenaga Segera - Kismis memiliki kandungan gula yang tinggi.


Dapat Mencegah Kanser - sumber antioksidan yang tinggi.


Melancarkan Pembuangan Air Besar - Serat yang ada pada kismis ini merupakan salah satu makanan yang dapat mencegah masalah ini.


Melancarkan‬ Peredaran Darah - membantu membekal oksigen dalam darah dan tubuh.


Antioksidan Agen - Antioksidan ini sangat penting untuk melawan proses penuaan dan melawan penyakit.


Green Tea



Teh hijau (Green Tea)


Teh hijau merupakan antara herba yang sekian lama telah digunakan serta banyak kebaikan untuk tubuh manusia.

Antara fungsi terpenting seperti berikut :

Meningkatkan metabolisma badan supaya badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

Baik‬ untuk pengidap diabetes, kerana ia mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus meningkatkan insulin dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

Manfaat‬ pesakit jantung, saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung. Is juga sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung.

Dapat‬ mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak

Teh‬ hijau dapat berfungsi menjaga kesihatan kulit secara semulajadi.
Mengurangkan resiko kebotakan

Di Pemborong Herba kami ada GREEN TEA POWDER.